Assalamualaikum,
Mula2 aku nak ucapkan selamat menempuh peperiksaan dan induksi + BTN kepada semua cikgu praktikal... Aku teringat masa aku kat KPLI dulu. Time ni lah yang kritikal... Stress habis...
Macam mana pun, tu 7 tahun yang lampau... Sekarang aku dah pun melahirkan ramai anak2 murid yang Alhamdulillah dah jadi "ORANG".
Tapi, baru2 ni terdengar pula desas desus dikalangan cikgi2 ni yang suka melemparkan kata2 yang boleh mencetuskan suasana keruh di kalangan warga pendidik. Sepatutnya kita yang dikatakan golongan professional menghargai satu sama lain tak kira kita ni cikgu sek menengah mahupun sek rendah.
Cuba lah contohi kami cikgu2 lama... Sebenarnya tidak ada mana2 pihak yang tidak menempuh cabaran selagi bergelar CIKGU. Kalau cikgu SM, ada cabarannya sendiri begitu juga cikgu SK.
Aku bukan nak cakap besar. Walaupun aku cikgu SM, tapi aku sangat RESPEK cikgu SK. Kita di SM mungkin menghadapi masalah dengan disiplin pelajar tapi di SK mereka menghadapi masalah kerenah anak2 kecil yang masih takut, nak perhatian, terejal dsb.
Kita di SM taida masalah ketika aktiviti ko-ko kerana pelajar boleh jalankan tugaas sendiri... Tapi di SK???? Semua cikgu kena buat. Nak cat bilik darjah, cat pasu semua cikgu kena buat. Di SM??? Kita kerah budak2 je kan??? Kalau nak angkat karpet? Hari sukan?? Penyampaian hadiah??? Cubalah fikir...
Paling respek cikgu darjah 1. Ada yang terberak dalam seluar! Siapa yang cuci budak tu??? Cikgu jugak kan??? Kita di SM ada hadapinya??? Kalau ada yang meraung cari mak bapak dia kat sekolah, siapa yang pujuk dengan penuh kasih sayang? CIKGU jugak! Part tu aku memang surrender betul... Di SM memang tak de merasa benda2 tu semua...
Kerja pentadbiran sama banyak. Kalau kita ada Head Count, Diagnostic Test, macam2 lagi, cikgu SK kena buat jugak. Tapi kita boleh mintak tolong budak2, mereka???
Kalau SKM (sekolah kurang murid), dahlah prasarana tak cukup, peruntukan dapat ciput, tapi demand dari jabatan sama jugak. Paling siksa Katua Panitia le.
Aku cakap ni bukan agak2 je tapi luahan cikgu2 tu masa aku jadi JU ETeMS (Sains SK) selama 6 tahun.
So, aku berharap sangat2 lah ADIK2, kalau pengalaman mengajar setakat 10 minggu masa praktikal tu, JANGAN MENDABIK DADA ... ÁKU PALING BAGUS!!!'.
Wassalam...
Eid Mubarak 1440H (2019M)
6 years ago