Derma Untuk Kompleks PAS Malaysia

Derma Untuk Kompleks PAS Malaysia
Sudilah kiranya menyumbang untuk perjuangan Islam..

Monday, December 15, 2008

Kelakar!

Aku baru tengok Al-Jazeera tadi, Bush gi ke Iraq tempat yang dia ingat dia akan dipuja2 (mungkin). Tapi akhirnya orang yang perasan sendiri tu kena baling kasut!!! Tak caya??? Tengok ler...



Kalau aku lah, baling taik jerr...

Wednesday, December 10, 2008

Wayang terbaru???

Malas nak tulis panjang2... Layan je lah... BOLT


Saturday, November 15, 2008

selamat bercuti

Wah! Dah cuti pun... Yang peksa SPM tu, selamatlah menempuhinya... Acip pun peksa juga... Tak taulah macam mana dia...
Aku ada sesuatu nak bagi korang tengok... 007 Quantum of Solace

Sunday, October 26, 2008

Cikgu Praktikal

Assalamualaikum,

Mula2 aku nak ucapkan selamat menempuh peperiksaan dan induksi + BTN kepada semua cikgu praktikal... Aku teringat masa aku kat KPLI dulu. Time ni lah yang kritikal... Stress habis...

Macam mana pun, tu 7 tahun yang lampau... Sekarang aku dah pun melahirkan ramai anak2 murid yang Alhamdulillah dah jadi "ORANG".

Tapi, baru2 ni terdengar pula desas desus dikalangan cikgi2 ni yang suka melemparkan kata2 yang boleh mencetuskan suasana keruh di kalangan warga pendidik. Sepatutnya kita yang dikatakan golongan professional menghargai satu sama lain tak kira kita ni cikgu sek menengah mahupun sek rendah.

Cuba lah contohi kami cikgu2 lama... Sebenarnya tidak ada mana2 pihak yang tidak menempuh cabaran selagi bergelar CIKGU. Kalau cikgu SM, ada cabarannya sendiri begitu juga cikgu SK.
Aku bukan nak cakap besar. Walaupun aku cikgu SM, tapi aku sangat RESPEK cikgu SK. Kita di SM mungkin menghadapi masalah dengan disiplin pelajar tapi di SK mereka menghadapi masalah kerenah anak2 kecil yang masih takut, nak perhatian, terejal dsb.

Kita di SM taida masalah ketika aktiviti ko-ko kerana pelajar boleh jalankan tugaas sendiri... Tapi di SK???? Semua cikgu kena buat. Nak cat bilik darjah, cat pasu semua cikgu kena buat. Di SM??? Kita kerah budak2 je kan??? Kalau nak angkat karpet? Hari sukan?? Penyampaian hadiah??? Cubalah fikir...

Paling respek cikgu darjah 1. Ada yang terberak dalam seluar! Siapa yang cuci budak tu??? Cikgu jugak kan??? Kita di SM ada hadapinya??? Kalau ada yang meraung cari mak bapak dia kat sekolah, siapa yang pujuk dengan penuh kasih sayang? CIKGU jugak! Part tu aku memang surrender betul... Di SM memang tak de merasa benda2 tu semua...

Kerja pentadbiran sama banyak. Kalau kita ada Head Count, Diagnostic Test, macam2 lagi, cikgu SK kena buat jugak. Tapi kita boleh mintak tolong budak2, mereka???

Kalau SKM (sekolah kurang murid), dahlah prasarana tak cukup, peruntukan dapat ciput, tapi demand dari jabatan sama jugak. Paling siksa Katua Panitia le.

Aku cakap ni bukan agak2 je tapi luahan cikgu2 tu masa aku jadi JU ETeMS (Sains SK) selama 6 tahun.

So, aku berharap sangat2 lah ADIK2, kalau pengalaman mengajar setakat 10 minggu masa praktikal tu, JANGAN MENDABIK DADA ... ÁKU PALING BAGUS!!!'.

Wassalam...

Tuesday, October 21, 2008

Hari Raya Part2

Lepas puas bergambar2, sebelah tengahari adik beradik datang rumah dan makan tengahari.



He he... Nampak tak lauk apa aku hidang 1st Raya?

Menu:


Sayur bening bayam


Ikan kapak masin goreng


Sup tulang


Sambal tempoyak




Liciiinnnnn...... Sampai 2 kali tanak nasi beb!!!




Saturday, October 11, 2008

Hari Raya

Assalamualaikum... ....dari aku dan keluarga
Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua.. Mohon dimaafkan segala salah dan silap, sengaja atau tidak..










29 Ramadhan mertua saya baru pulang dari umrah... So, agak sibuk sikit lah...



Hmmm... Pagi 1 Syawal, aku beraya di rumah mak & ayah di Spg Lima...

Tapi ada satu keluarga beraya kat Muar... apa2 pun aku masukkan juga gambar di sini... Layaaannnn....


Inilah keluarga aku yang besar.... Tapi masih kurang satu....


Hmmm... Ni le keluarga yang tak join tadi...


He... He.... Jangan marah..... Duit raya????

Lepas beraya kat rumah mak dan ayah, aku pi beraya kat rumah mertua pulak... Kat sini, adatnya lain sikit...

Njalok ngepuro...... Seng ketoro, ora ketoro......





Njalok ngepuro mbakyu.....











Hmmmm .... Suasana hening pagi raya di depan teratakku....






Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan Lagi

Diam tak diam, Ramadhan dah nak masuk separuh... Rumah aku dah kena giliran bawa kuih me masjid... Mujur ada buah cempedak, aku goreng je. Nak masak bagai nak rak tak mampu. Sorang-sorang...

Kepada kengkawan semua, baca Quran dah masuk juz berapa??? Aku mula-mula dulu berazam juga nak cuba khatam bulan Ramadhan ni... Tapi .... baru baca 4 muka dah lelap... Aku jeles betul tengok bapak aku boleh khatam 2 kali setiap Ramadhan... Orang dah pencen mungkin boleh lakukan itu. Kita yang masih berkerjaya dan penat setiap kali balik kerja, dapat istiqamah baca Quran tiap malam pun dah kira baik....

Aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah dengan ISTIQAMAH kepada semua...

Wednesday, September 3, 2008

Kelebihan surah a-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhu

Saturday, August 30, 2008

Air mata wanita

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Thursday, August 28, 2008

Ramadhan tiba lagi


Hmmmm....

Tak lama lagi datang Ramadhan. Aku rasa macam terlalu cepat masa berlalu... Serba tak sempat... Tapi... Aku ada offer yang paling best.


Nak menyambut Ramadhan ni, beli lah minyak wangi gaharu. Dijamin halal. Diproses secara bioteknologi, tanpa alkohol... dan yang paling penting tiada LARD (ekstrtak minyak BABI). Bulan yang mulia ni, biarlah ibadah kita juga tidak cacat...


Nak maklumat lanjut, tengok web ni.... HARUMAN AMIN

Friday, August 22, 2008

Apabila Ibadah Jadi Adat

Hmmmm ... Aku tak pasti adakah betul amalan orang kita ni. Apabila tiba bulan Rejab-Sya'ban, menderu-deru jemputan kenduri. Kadang kala satu malam sampai 4 tempat.
Manakah nas yang mengatakan tahlil arwah hanya boleh dilakukan dalam bulan-bulan itu sahaja?
Aku jadi tak faham. Ada yang sampai berebut slot untuk tahlil ni, sampai tercetus rasa tidak puas hati dan diikuti dengan umpatan di belakang. Pada aku kalau sampai jadi macam tu, sia-sia saja keluar duit belanja dan penat rewang.
Orang kita ni ramai yang nak buat ibadah tapi jahil. Dahlah jahil tak boleh diajar... Pada pandangan akulah, kenduri, tahlil arwah yang orang kita buat ni tak lebih memenuhi tuntutan ADAT sahaja. Dah tak timbul lagi buat ibadah... kerana ibadah tak perlu nak tunggu sampai bulan Rejab / Sya'ban... Allah suruh kita lebihkan berzikir dan bertahmid dalam bulan itu bukan terhad pada amalan kenduri macam kita sahaja. Waktu lain pun boleh kan???

Tuesday, August 12, 2008

Touch n Go

Hmmmm....
Baru hari ni aku mula gunakan tag sekolah.... Best juga.. takpayah nak terkedek2 beratur...
Cuma istilah touch n go ni membawa konotasi yang tak baik juga... kalau cakap kat budak2, lain yang mereka faham..... Macam mana pun otak aku tak lah kotor macam budak2 tu...

Thursday, August 7, 2008

Something to ponder...

Should you need a reason to smile… : )

Wrote your name on sand, it got washed
I wrote your name in air, it was blown away,
thenI wrote your name on my heart and I got heart attack :-)

God saw me hungry, he created pizza
He saw me thirsty, he created Pepsi
He saw me in dark, he created light
He saw me without problems, he created YOU :-)

Twinkle Twinkle Little Star
You should know what you are
And once you know what you are
Mental hospital is not so far :-)

The rain makes all things beautiful, the grass and flowers too
If rain makes all things beautiful, why doesn't it rain on you? :-)

Roses are red, violets are blue
Monkeys like you should be kept in zoo :-)
Don't feel so angry you will find me there too
Not in cage but laughing at you :-)

Tuesday, August 5, 2008



Hari ni birthday adik aku yang ke 38 tahun.... Dah tua rupanya aku nie.... Cuba teka adik aku yang mana????

Monday, August 4, 2008

Penat!!!

Hari ni 12 jam aku berada di sekolah... Penatnya Allah je yang tahu. Diikutkan hati, memang tak kuasa nak melayan kerenah budak2 ni... Tapi bila aku tenung wajah mereka, simpati pulak... kesian... dah nak periksa.... Nak wat cam mana, aku juga yang pilih kerjaya ni... Redha jer leeee

Friday, August 1, 2008

Belajar Komputer

Hmmmm.....

Hari ni kena belajar komputer. Aku ingat, nak belajar benda baru, tapi rupanya, benda BASI! Bagaimana pun, aku manage juga kidnap Fadhil ajar aku advanced Powerpoint... LEGA!!!

Wednesday, July 30, 2008

Anniversary mak & ayah

Baru-baru ni sambutan Anniversary mak & ayah dilayan dengan BBQ kambing... Ada yang gelabah kena baca doa, ada yang tumbang kena overdose kambingggg!

Monday, July 28, 2008

Selamat Datang dan Isra'Mi'raj


Assalamualaikum,


Aku terpanggil untuk menulis di sini, hari ini, kerana teruja dek kepanasan isu-isu yang timbul di sekelilingku. Apatah lagi sekarang ini sedang musim sambutan isra'dan mi'raj.

Namun aku ingin mengajak anda semua kembali menghayati perkara-perkara yang sering kita "teralpa"... Layannnn....