Hmmmm ... Aku tak pasti adakah betul amalan orang kita ni. Apabila tiba bulan Rejab-Sya'ban, menderu-deru jemputan kenduri. Kadang kala satu malam sampai 4 tempat.
Manakah nas yang mengatakan tahlil arwah hanya boleh dilakukan dalam bulan-bulan itu sahaja?
Aku jadi tak faham. Ada yang sampai berebut slot untuk tahlil ni, sampai tercetus rasa tidak puas hati dan diikuti dengan umpatan di belakang. Pada aku kalau sampai jadi macam tu, sia-sia saja keluar duit belanja dan penat rewang.
Orang kita ni ramai yang nak buat ibadah tapi jahil. Dahlah jahil tak boleh diajar... Pada pandangan akulah, kenduri, tahlil arwah yang orang kita buat ni tak lebih memenuhi tuntutan ADAT sahaja. Dah tak timbul lagi buat ibadah... kerana ibadah tak perlu nak tunggu sampai bulan Rejab / Sya'ban... Allah suruh kita lebihkan berzikir dan bertahmid dalam bulan itu bukan terhad pada amalan kenduri macam kita sahaja. Waktu lain pun boleh kan???
Eid Mubarak 1440H (2019M)
6 years ago
No comments:
Post a Comment